I am mother with a son whom boringly waiting for teacher's placement.I really like cooking and baking.This is my place where i sharing my feelings and thoughts.Thanks for visiting :).
RSS

Saturday, June 27, 2009

Peraduan Teka Umur


Tempoh Peraduan : 6hb Jun 2009 hingga 26hb Jun 2009

Tarikh tutup : 26hb Jun 2009 @ 6 petang

Keputusan : 28hb Jun 2009

Juri : En. Suami (heheheh, tq sbb sponser hadiah)

eperti biasa, peraduan ni juga ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:1. Add blog Azura777 di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Azura777 (kiranya kenalah ada blog juga nih, ekekekek)

2. Upload banner peraduan ini di blog anda sebagai "STICKY MODE" (kalau takde stciky mode tak aci.... ekekek)Boleh belajar cara2 nak buat "STICKY MODE" di sini.

3. Pada "STICKY MODE" itu pastikan anda mention dan link ke Azura777 (no link back will be disqualified).

4. Then teka umur Putri-putri ku di bawah ni di ruang "comments" (kiranya korang tekalah umur anak2 ku itu ketika gambar itu diambil). Sorang peserta boleh teka 1 kali sahaja pada 1 comments sahaja. Maknannya korang takleh lah nak comments banyak-banyak kali. Kasi peluang pada org lain plak :D (macam teka kacang la plak kan?)

nie saja2 aku jawap soalan zura nie.agak2nya aku leh menang tak zura n en megat hehe.saja suka2 jawap teka umur irdina n imelda nie. so jawapan aku ada kat comment ko yer zura


Friday, June 26, 2009

Party kecil-kecilan

desert

nie la husband & wife yang belanja aku

steamboat

aku n kak shima


semalam officemate aku merangkap budak unit aku belanja aku makan.katanya last day aku kat sini so dia belanja la aku makan hehe.thanks yer djoe.djoe call aku ari rabu malam suh aku jangan pergi lunch sebab dia nak bawa aku gi makan.

tapi bukan aku berdua tau pergi 5orang pergi.djoe bawa wife dia,aku,kshima n yam.djoe belanja aku n kshima sebab kshima pon awal july nie dah pergi unikl kat kajang.banyak tul campus yang unikl bukak nie.

djoe bawa aku n kawan2 lain pergi JJ AU.kalu ikutkan jauh gak la yer la aku dari gombak nak ke Au nak2 time lunch hour.tapi nasib baik ada DUKE.hehe.last2 semalam balik kul 3 petang nasib baik xde orang cari kalu tak penat nak menjawab nanti.

djoe belanja aku n kshima steamboat.bes makan yer la makanan pon sedap pastu orang belanja lak tu.tentu la best kan.gambar pon xabik banyak

pada djoe n hajar thanks yer belanja aku.moga rezeki korang bertambah2 dan cepat dapat bb.depa nie pengantin baru tau.dah dapat bb nanti jangan la lupa bgtau aku lak yer.insya allah kalu aku ada masa aku akan melawat korang nanti.

Memory di IT Unit

lab aku e-learning

dulu system filing hancur skrg dah cunn

printer color aku

plotter nie mahal tau rege sebiji keta iswara

pc baru aku nie

meja aku yang dah hampir clear

arini last day aku kat BMI nie so sebagai memory aku kat sini aku telah abadikan dalam blog aku nie.moga lepas nie ada la pengganti aku.jaga bilik nie baik2 tau aku sayang bilik aku nie.bilik aku nie hanya akan penoh bila ada student nak buat presentation dan jugak nak buat report.

semuanya dalam memory aku,selamat tinggal barang2 aku.hukhukhuk sedih giler rasanya.pasni mesti sunyi la bilik aku nie.

Thursday, June 25, 2009

Thanks pada semua

Entry nie special untuk kawan2 aku yang banyak tolong aku kat UniKL BMI nie.Terutama kawan2 IT Unit special Jai n Djoe.kat IT nie aku kawan dua orang nie jer tempat aku mengadu,luahkan perasaan xpuas ati ker,puas ati ker,kena balon ngan orang atasan ker.

Actually aku sedih nak berpisah ngan korang.walaupon kat unit aku nie semua lelaki n semua dah kawin.aku suka kawan ngan korang walaupon ada staff kat sini yang kutuk kauw2.dulu masa aku mula2 masok keje sini mamat dua orang nie bujang lagi n aku pon masa tu xkawin lagi.tapi aku boleh masok geng ngan diaorang maybe sebab kepala sama kot.

pada jai n djoe pasni aku dah xdapat nak tolong korang lagi dah.dah xboleh nak back up apa yang patot dah.aku harap korang pandai2 la bawa diri sebab korang pon tau camne staff IT lain kan.masing2 ada kepentingan masing2,kita tertiga jer yang selalu jadi mangsa keadaan diaorang.aku nak ucapkan terima kasih banyak2 ngan korang berdua sebab banyak ajar aku dalam ilmu IT nie.

pada kawan2 lain lin,kzah,kshima,kina library,julia,kzarin,kjune,aty telecom,kana,kct,fit segala jasa2 korang semua aku ingat sampai bila2.tak terbalas rasanya.moga korang semua perolehi kejayaan nanti.untuk kzah yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri moga berjaya dalam kerjaya disini.pada lin moga perolehi apa yang diingini suatu hari nanti.

tiada ucapan lain yang mampu aku ucapkan hanya terima kasih banyak2.aku xmampu balas semua tu.moga korang semua berjaya nanti.jangan lupa aku tau walaupun kita dah berpisah.bak kata orang buar berpisah di mata jangan berpisah di hati.

gud luck semua,thanx a lots.

Hari-hari terakhir di opis....

rasa sedih lak tengok title tu kan sedih jer rasa ati nie.arini aku dah siap packing semua barang2 aku kat opis nie.banyak tul memory kat bilik nie suka duka aku.tapi yang bestnya aku dok sorang2 dalam bilik yang besar nie.bestkan.

rasa sayu lak tengok bilik nie bila aku dah kuar nanti.hampir 4 tahun aku kat bilik nie.dulu masa aku mula2 masok keje sini,bilik nie macam tongkang pecah.bertaburan sana sini so aku terpaksa la kemas semua dan cantikkan bilik nie.dulu buka xde staff ppuan kat bilik nie tapi staff ppuan nie lain sket jenis moody banyak.keje hampes.

masa aku masuk system filing hancur kat sini,boleh dikatakan memang terok sangat2 la.sekarang aku lak nak tinggalkan bilik nie.bilik yang banyak kenangan.dulu masa aku pregnant kalu ngatuk mesti aku tido kat bilik nie sebab aku dok sorang2 so leh buat apa sahaja.hehehe

aku dah kemas semua apa yang patot nak bawa kuar n apa yang nak tinggal.keje pon semua dah handover so kalu ada geng2 yang xfaham documentation ISO tu jangan segan call aku.insya allah akan aku tolong terangkan apa yang patot.tapi kalu aku xjawab call faham2 la yer maybe time tu aku dalam bilik kuliah ker,kena presentation ker atau seangkatannya.

tadi dah mintak kotak kat store nak packkan barang2 nie semua.petang nie aku bawa balik.esok last day aku kat sini.isnin 29.06.09 ada opis aku ada buat appreciate day untuk yang resign,bakal resign n yang trasfer.tapi aku xsempat nak join sebab aku nak balik kampong weekend nie.

apa pon aku akan rindu bilik nie sampai bila2.pasni bilik nie akan sunyi sepi hopefully nanti ada la pengganti aku.kepada yang bakal replace tempat aku nie continue jer la apa yang aku dah buat dan kalu ada idea2 yang best2 curahkan la.

Wednesday, June 24, 2009

Rumahku kena pecah

semalam 23.06.09 date yang aku akan ingat sampai bila2 siap aku save kat hf lagi tuu.rumah aku dimasuk pencuri.b*b* tul pencuri tu.sakit ati aku.aku sumpah mati katak pencuri tu.selalu aku dengar rumah orang jer kena pecah sekali rumah aku lak.macam xcaya rasanya.

semalam lepas balik keje aku plan nak masak keuw teow lakna,so singgah jap wasbudi nak beli barang2.sekali udang lak dah abis so aku sempat beli keuw teow ngan sedikit sayur jer.pastu elok jer aku nak start keta abang aku lak call tanya macam2.last2 aku decide nak jer gi beli udang kat kedai runcit kat tepi rumah tu.kan dah banyak masa aku dok singgah2 kedai.rugi masa jer kan.

masa aku sampai kat umah aku tengok gate dah terbukak pastu pintu rumah n grill dah terbukak.dalam kepala ingat hsbd aku balik tapi tengok motor xde,kasut xde.teros dalam otak rumah aku kena pecah.dan barang yang aku rasa pencuri tu sapu laptop baru jer aku beli,cincin tunang hsbd aku punya n gelang tangan aku.

masok dalam rumah tengok kat hall xde apa2 yang terusik.terus aku naik atas sekali tengok laptop dah kena sapu,cincin hsbd aku dah kena abik.nasib baik gelang n cincin aku dia xabik.sebenarnya gelang tu aku simpan kat rak baju anak aku pastu aku kaur letak dlm bekas brooch tu sbb nak balik kampung aku nak repair.tp aku dah lupa bila masa aku masukkan balik gelang tu kat rak baju anak aku.kira rezeki aku ada lagi la kan.yang bodoh pencuri tu brooch aku pon dia sapu.giler agaknya pencuri tu.abis brooch aku ngan jarum peniti sekali dia sapu,agaknya dia ingat brooch aku tu emas kot sebab warna ala2 emas..pastu almari baju terbukak tp dia tak lak sepah2 kan.sebab dia dah dpt laptop n cincin.cukup la tu kan.rumah aku pon bukannya ada barag berharga pon.yang aku risau nie pencuri tu siap abik kunci pendua keta n motor laki aku.

pastu aku rasa pencuri siap makan kerepek kat rumah aku kot sebabnya aku tengok dia basuh tangan kat sinki.sebab sinki aku tu basah lagi.so aku bajet dia masok rumah aku dalam kul 3-5ptg.dah la mencuri makan kerepek aku lak.aku sumpah ko perut buncit sampai bila2.aku kuar rumah panggil auntie tepi rumah aku tanya ada nampak tak pencuri tu.autie sebelah rumah ckp la kul 2 tu dia tengah cuci kolam ikan dia xde apa2 pon,kira kul 3 baru dia masok rumah.kalu tak auntie nie la selalu jadi penyelamat terakhir sebab before nie kanan n selang rumah aku tu dah kena pecah masok.kira auntie nie la selalu yang nampak.maybe rumah aku xde rezeki la kot.

pastu auntie sebelah kanan kuar rumah ckp ngan aku.dia perasan masa dia balik rumah dia tengok rumah aku dah terbukak.dia panggil2 tapi xmenjawab dia lak xberani nak masok rumah aku.tu dia cakap selalu aku balik awal dari dia tapi semalam dia balik awal dari aku.nak buat camne benda dah nak berlaku orang kata.

so malam tu aku gi buat report polis segala bagai.gi beli manga pintu sebab manga pon dia dah sapu.call abang,mak kat kampong n adik beradik lain.tapi aku macam syak jer la kan budak yang dok lepak2 depan padang kat rumah aku tu.auntie tepi rumah aku pon cakap camtu.sebabnya hehe kalu setiap petang mesti ramai yang dok lepak2 kat depan tp semalam seekor pon budak2 tu xde.maybe kebetulan la kot.pastu lepas aku balik dari balai polis budak2 tu dok melepak kat padang tu jugak tapi jauh sikit dari rumah aku.kalu tak elok jer depan rumah aku.leh tengok aku kunci rumah ker tak,magga ker tak.

kul 11 lebih pakar foresik datang rumah aku abik gambar.masa tu memang nampak tul bila jer polis datang siap camera semua budak2 yang dok lepak kat situ secara automatic blah.kalu korang camne rasa mesti pelikkan.sebab apa aku kata pelik sebab dekat area umh aku tu selalu gak la keta polis dok ronda2 tapi xde lak budak2 tu blah bila tengok keta polis.tp semalam mmg nampak sangat la budak2 tu blah.

pada pencuri tu aku memang xakan halal sampai mati apa yang ko dah curi.hidup ko xakan tenang selama2nya.ko terima la pembalasan dari Allah nanti.jumpa ko kat akhirat nanti.banyak tul nanti aku nihh.

pada suami aku xpe nanti aku ada duit aku ganti la cincin tunang tuu yer.mahal tau cincin tunang aku bagi kat laki aku tu.almost 1k aku tempah.hukhuk sedihnya.walaupon cincin suasa tapi batu zamrul tu asli punya tau.sebab masa aku nak tunang dulu masa sama2 nak gi tempah cincin uncle tu siap kuarkan batu zamrul suh kami pilih yang mana satu nak.

nampaknya kena beli laptop baru la sebab aku baru jer nak sambong belajar nie.daj xde laptop.geramnya aku .dah la nak pindah rumah semua nak pakai duit.xpe la maybe ada hikmah bak kata hsbd aku.mana tau hsbd aku dpt intensif ker. yer la nak harapkan aku memang xmerasa dah,yer la sebab dah nak sambung belajar.sebab aku dah dapat intensif yang aku xsangka dari Allah.alhamduillah syukur sangat2.

benci tul pencuri tu sampai sekarang aku masa terbayang2 camne keadaan pintu rumah aku masa kena pecah.fobia rasa.mencil tul aku kat pencuri.


Tuesday, June 23, 2009

Handover semua keje

salam all,

arini aku dah start handover semua keje2 aku yang patot kat supervisor aku.maklumlah so far xde sape lagi replace aku.arini aku dengar dah ada interview untuk beberapa vacany kat opis aku nie.so far harap2 yang replace tempat aku nanti orang yang leh tahan ngan segala leteran jer lah.

banyak gak nak kena settle sebelum aku last day jumaat nie.hopefully dapat siapkan semua keje2 yang pending.rasa macam sedih lak aku nak resign tapi xpe lah aku buat pon demi kebaikan aku gak.ramai orang tak caya yang aku nak resign dan boleh dikatakan ramai yang terkejut.

aku harap aku pon dapat ketch up study nanti.otak pon dah tahap beku nie yer la dah 7tahon xtengok buku tiba2 nak baca buku balik.moga aku dapat mendidik anak bangsa nanti menjadi orang yang berguna.ceh wah berangan tul aku nie hehehe.

pada kfida yang berada di UK thanks sebab wish luck kat aku.kak memang aku akan merindui ko.''kak fidaaaa'' tu la panggilan aku untuk ko kak.sampai bila2 aku akan ingat nada yang selalu aku panggil ituw.moga bila kfida balik nanti kita still keep in touch.

Friday, June 19, 2009

Resign jugak akhirnya

Resign jugak akhirnya aku kat UniKL BMi nie.almost dah dkt 4tahon aku cari rezeki kat sni.arini aku hantar surat resign n HR dah accept resignation aku.depa menyokong sebab aku resign bukan nak gi tempat keje lain tapi further study aku.

alhamdulillah aku dapat offer masok diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) kat upsi dan aku kena lapor diri pada 2 julai nanti.cepat sungguh kena lapor diri dan nasib baik cuti aku banyak dan boleh cover notice resign aku.

sedih nak tinggal unit aku dan dengan ketiadaan aku nanti maka sah la unit aku terdiri dari semua lelaki.sebelum nie aku sorang jer ppuan kat situ.windu lak ngan diaorang nanti kalu tak mesti hari2 aku dok gadoh ngan depa nie.xpe la rezeki aku dapat masok DPLI nie.pasni insya allah aku jadi cikgu lak.hehe

aku sedih gak nak tinggal unikl bmi nie yer la kat sini banyak aku belajar tentang erti persahabatan.persahabatan yang baik akan bawa kegembiran dan keceriaan.persahabatan yang penoh pura2 akan bawa keburukan pada sape2 yang menganiya kawan sendiri. aku sedih nak tinggal bilik aku,pc baru aku,printer color aku,plotter aku yang byk berjaya kat student2 bmi tu.oo tidak xdapat aku bayangkan sedihnya aku nak tinggal semua tu.

ada kwn2 yang rapat xbagi aku resign suh aku apply jawatan lain ,tapi nak ker unikl bmi nie terima aku kalu aku mintak position lain.xpe lah maybe setakat tuu jer rezeki aku kat bmi.aku percaya setiap apa yang diberi oleh-Nya pasti ada hikmahnya.aku percaya qada n qadar yang ditetapkan oleh-Nya.alhamdulillah.

aku awal2 dah ckp ngan kawan aku kalu ada tournament netball jangan lupa jemput aku hehe.cuma aku harap aku dapat ikut semua apa yang bakal aku pelajari nanti.moga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti.insya allah amin.

kepada kawan aku lin (teknoputra)bdk unit aku,kzah(finance)kshima (recpt)k.ina,julia,farah(library)k.ct(purchsing) team netball terutama fit,k.fiza (sifu diet aku)k.ainur,sal,fifah,k.lia moga berbahagia selalu kat bmi.apa pon aku suka kawan ngan korang nie semua.geng netball kenangan kat unikl msi memang aku xdapat lupa kan sampai bila2.untuk djoe n jai (nie geng unit aku) aku harap ko pandai2 la bawa diri sebab aku dah xde nak tolong korang lagi moga korang success selalu.

aku sedih sangat nak berpisah ngan korang semua tapi demi cita2 aku korbankan semua.walaupon aku jauh dari korang ingat2 la aku nanti.aku sayang korang semua.pada lin terima kasih aku ucapan sebab banyak sangat tolong aku.macam2 tolong aku teman gi klinik,gi giant,makan kat uia,tempat luahkan perasaan moga pasni lin dapat kawan baru.untuk kzah terima kasih sebab banyak bagi nasihat kat aku.kzah mcm mak aku tempat aku selalu buat sengal,gedik2,luahkan perasaan,tempat ngadu.kina,julia n farah thanks sebab selalu lepak,makan sama2 main badminton,layan anak aku macam ank sendiri.fit thanks sebab selalu tolong aku,tempat gossip ngan aku insya allah ko kawin nnt aku try turun wp dr tanjung malim.pada kfiza sifu diet aku insya allah aku akan ikut segala peraturan dan arahan yang akak bagi tu.pada kct aku dah anggap mcm mak aku sama mcm kzah.aku suka usik kak ct nie nnt xde sape nak urut aku dah.kalu tak sket2 mintak kct tolong urutkan.sukan aritu pon kct yg urutkan aku,aku xde perasaan malu dah ngan kct nie nak2 time mengurut yer la dah anggap mcm mak kan.

i luv u all n aku sayang korang semua

Wednesday, June 17, 2009

aku yang marah

sungguh aku sangattt marah ngan orang yang suka abik kesempatan di atas kebaikan dan pertolongan aku yang ikhlas ituw...arrg rasa macam nak baling jer kertas2 kat atas meja nie atas muka dia...tapi aku sabar lagi.

boleh ker lepaskan geram kat blog nie.ermm suka ati aku la sebab nie blog aku kan.nak lepas geram ker atau apa2 nie blog aku.hehehe.tapi memang betul aku sangattt ler marah arini.rasa tahap kesabaran aku nie dah tahap melimpah luah dah.

ngan keje banyak kat atas meja nie.dah xde rupa meja dah nie boleh lak dia cari pasal ngan aku.xpe hari nie orang buat aku ingat tuhan nie adil.doa orang teraniya makbul tau.menci tul la aku.rasa macam nak balik sekarang jer.

pada hamba Allah tersebot xusah la mencari pengaruh di sini.sebab apa sebab aku tau ngko suka melaga2kan orang.sedangkan kawan yang baik pon dikau leh me'reka-rekakan citer inikan pulak aku.sori beb ko silap orang.

Saturday, June 13, 2009

Attend kelas coklat









agak2 kalu korang nengok hasil bekas air tangan aku nie teringin tak nak makan tak hehe.haritu aku join kelas buat coklat kat ida bakery.best gak gi class nie aku gi sorang2 jer xde sape pon join so jumpa la 3orang lagi pelajar lain.kak ida memang sporting giler tak tesen dan strees buat coklat nie.

kalu nak tau aku lar orang terakhir datang.kelas start kul 930 pagi tapi aku sampai kol 10pagi.hehe.kelas kabut kak ida nak prepared aku punya bahan2.

yang paling stress time nak 'temper'kan coklat tu.adus sakit tul tangan aku dok press spatula tu.naik tesen aku.bukan aku sorang jer boleh dikatakan semua mcm tesen jer.tapi kak ida tu jenis suka buat joke.so layan jer la.

akhirnya berjaya gak la hasilkan coklat nie.bab yang paling best time nak kuarkan coklat tu yer la sebab kena ketuk bekas coklat tu.ada yang terus kuar coklat dan ada yang kena simpan balik kat freze tu termasok aku.wakakaka..

so pada sape2 yang teringin nak belajar tu leh search ida bakery.fees pon ok la bagi aku.rugi wooi time muda2 nie xkutip ilmu hehe.sebab aku pernah dengar ada suara2 sumbang nak buat semua tapi sayang nak kuar duit.memang la kita semua tau baca resepi sebab leh print kat internet tu.tapi bagi aku setakat ada resepi tapi xtau teknik2 x'menjadi'kan hasil tu.so apa salahnya korbankan sedikit duit.sape setuju ngan pendapat aku nie angkat tangan.moekekeke

so dalam pala otak nie dah pk raya nanti aku plan nak try buat semua apa yang pernah aku belajar.insya allah.

Friday, June 12, 2009

Selamat pengantin Baru my frenz

bander diaorang



selamat pegantin baru untuk kawan unit aku djoe dan hajar.akhirnya kawin gak kawan aku nie setelah lama membujang.kawin pon ngan anak sendara opismate aku jugak dan satu level ngan unit aku.

actually kenduri nie sekali ngan opismate aku sorang lagi.kebetulan rahimee nie adik ipar djoe so kenduri pon buat sama2.memang macam xcaya adik ipar satu opis ngan abang ipar sebab apa mulanya aku memang xtau diaorang nie bakal jadi ipai duai.setelah diaorang bagi kad jemputan baru la aku perasan.

so sekarang nie dah xde budak bujang dalam unit aku.semua dah kawin, kalu tak dulu si djoe nie la selalu jadi bahan usikan staff kat sini.al maklumlah dulu dia ada awek teacher nusery anak aku tapi xde jodoh orang kata.so mamat nie frust giler sampai bawa diri.hehe

apa pon aku nak wish kat ko my frenz selamat pengantin baru moga jodoh berkekalan n cepat2 dapat baby.

Wednesday, June 10, 2009

Netballl tournament

ekk kali nie ada netball tournament lak.nie aku join sue mama alya lak.main netball nie suka2 jer nak kuarkan peluh masin kat badan tuu.so sue cakap tournament tu 20 & 21 june nie kat desa tun razak.

minggu nie ada latihan so insya allah aku akan turun setelah sue meletakkan nama aku dalam list player tu.so pada kawan2 yang ada masa terluang tu leh la pakat ramai2 sokong kami nanti.sue ko tolong promote sket bagi memeriahkan tournament nie.

aku main pon suka2 jer nie.nak kasi peloh kuar.tapi sue kalu boleh ko reserved aku dulu yer.aku jadi pong pong gurl pon xpe.so ingat kawan2 semua yer 20 & 21 june nie yer.sokong la aku n sue nanti.

Wednesday, June 3, 2009

Award dari mamatisya


nie award dari mamatisya sempena anak dara dia masok Toddler super Model Contest.moga2 tisya menang nanti contest tuu.tisya nie aku baru 2x jer jumpa.insya allah ada rezeki kita leh jumpa lagi yer.tengok la aksi2 si tisya nie

Tuesday, June 2, 2009

Jerok Pulau Pinang


buah pala kering 2henggit jer

buah2 campor

yang nie dapat free

mangga manis


tengok macam2 jerok ada


buah salak jerok

saja jer nak buat sape2 yang suka makan jerok hangin ngan aku aci tak.hehe.aritu aku ada kaborkan yang aku pergi peneng.tujuan utama aku n kawan2 pergi peneng sebab nak beli jerok la.hehe.nama tempat tu pasar chowrattra depan ngan balai polis.then seberang jalan tu ada mydin.

tapi mostly yang jual jerok nie semua kaum cha ya nun alif.tapi sebab depa kabor nie halal so aku pon beli la.hehe.target aku masa tu nak beli buah salak jerok.sebelum beli tu try semua jerok ok tak.nasib baik tauke jerok tak hangin.

masa sampai kat situ xtau nak beli yang mana satu.sebab semua sedop n menyelerakan.so aku beli la buah salak jerok sampai 20rm.campur ngan mangga manis 5henggit.pastu macam2 jerok lagi la yg aku beli.kira tambah tolak bahagi kali semua abis dalam 50henggit +++.puas ati beli jerok.

disebabkan aku beli banyak amoi tu kasi free jerok campor.rasanya semua kawan aku sibok borong jerok.macam2 ada n macam2 rasa.apa pon memang xrugi kalu pi peneng nie leh beli jerok.

Kuah rojak kacang mak bee

nie dia kuah rojak mak bee


mangga n kuah rojak mak bee

licin kuah rojak tuu




aku mula kenal kuah rojak mak bee nie masa pergi kulim masa ssuk aritu.masa kawan aku sal yang bagitau nak beli kuah rojak mak bee nie.dia kata sedap.kebetulan lak sorang kawan aku afifah balik kampungnya kat Yan tu bawa buah mangga.so apa lagi ngan kuah rojak ada terus la belasah..hehe

apa pon memang sedap sungguh kuah rojak mak bee nie.aku siap order 5bekas lagi.kawan aku si sal order 10bekas.pastu dia pergi lak tempat kuah rojak nie diproses beli lagi 20bekas.giler nak niaga kuah rojak mak bee ker kat opis nie.hehehe.tapi kalu niaga pon memang laku sebab aku tau kat opis aku nie jual la apa2 pon mesti ada yg beli.even bedak sejuk pon ada yg beli.

aku try gak survey2 kuah rojak mak bee nie kat giant,tesco,c4 kat kl nie xjumpa lagi.maybe kebetulan kot masa aku survey kuah rojak tu dah abis.kat rumah sekarang ada 4bekas lagi kuah rojak aku tu.tunggu masa jer bila nak abis.sebab semalam hsbd aku dah cakap nak makan jerok yg aku beli kat peneng aritu ngan kuah rojak mak bee ni.

so sape2 dok kedah boleh la beli kuah rojak mak bee nie sebab pengusahannya kat sana.masa aku beli nie 1bekas regenya 2.50rm tapi kalu kat luar dengar dlm 5.00rm camtu.tapi apa pon memang puas ati kuah rojak mak bee nie.sunggoh sedap.