arini merupakan hari yang sungguh bahagia sebab cuti sempena H1N1 hehe.aci tak aku cakap camtu.kalu tak pagi2 dah kena pergi kelas ,berebut naik bas.tapi hari tak payah buat apa2.actually dari semalam lagi lecturer aku dok sibok cakap kalu sape2 rasa nak cuti panjang biar la ada student upsi kena H1N1 nanti dapatlah cuti free.masin tul mulut lecturer tu.
so mulai hari nie sampai 9.8.09 upsi tutup sempena H1N1.tapi jangan ingat kelas xde ganti so bila bukak nanti secara automatik kelas kena ganti semua.walaupon cuti keje tetap keje.yer la assigment berlambak2 yang perlu disiapkan.so dgn adanya cuti ihsan nie leh la aku siapkan assigment aku yang berlambak2 tu.
tadi aku tengok ramai bdk2 angkat bag balik kampong.xsabar tul depa nie yer.aku inysa allah sesudah suboh esok aku akan balik bersama2 ngan budak2 rumah aku.balik pon kena bawa keje yang perlu disiapkan.
sian budak2 ismp sebab cuti semester depa terpaksa dianjak ke depan.tapi khusus aku nie xtau la camne sebabnya aku xde cuti semester.cuti semester aku merangkap cuti raya nanti.tapi memandangkan dah dapat cuti ihsan nie xtau la camne lak perubahan nanti.
so aku dah xsabar nak balik esok sebabnya aku nak balik kampong merangkap abik anak aku ilmam sekali.sebab dah jumpa nusery baru ilmam.hopefully ilmam dapat suaikan diri di tempat baru.insya allah
Wednesday, July 29, 2009
cuti sempena H1N1
Wednesday, July 22, 2009
dah nak pindah rumah
minggu nie hbsd aku nak pindah rumah masok rumah lain.so sian hsbd aku kena pindah rumah sorang2 minggu nie sebab aku xbalik kl nak hantar aggrement KPM.tp dalam hati nak balik sebab nak gi library negara nak cari bahan nak buat assigment.
hsbd aku dah jumpa rumah area puchong so minggu nie basuh rumah merangkap masokkan barang rumah semua.sori yer xdapat nak nolong.hehe.cuma sekarang kena survey nusery untuk ilmam lak.hopefully dapat nusery yang baik dan teacher2 yang baik.
aku nie takut seket bab2 nak hantar anak nusery luar sebab macam2 aku dengar yg buruk dari baiknya.bukan aku tak pernah hantar ilmam kat nusery dulu ilmam lepas 4 bulan terus hantar nusery tp nusery kat opis aku.kalu kat opis senang sket kalu ada apa2 hal leh gi pantau.nie kalu nusery luar xtau la camne.hopefully hsbd aku dpt survey nusery yg baik untuk ilmam.
aku call hsbd tanya dah packing semua barang ker n dah siap semua ker.hsbd cakap tunggu lori jer semua dah beres dia buat.caya la hsbd aku leh kemas semua barang kat dalam rumah tu sorang2 tanpa bantuan aku.huhuhu.yer la aku mana sempat nak kemas barang semua sebab aku dapat tawaran belajar pon ad hod gitu..hehehe
assigment oh assigment
aku nak habaq nie sejak aku jadi studnet balik nie kemain banyak tul assigment aku.mengalahkan zaman degree dulu.kalu degree dulu xde la melampau sangat assigmentnya.but now huhu banyak giler.
satu2 subject tu sampai 10 assigment kalu dah 6 subject mau tak 60 assigment.mau pitam aku.hehe.tp itu la cabaran yg terpaksa dihadapi.bukan senang nak jadi senang itu lah kata2 lecturer aku.
cuma aku bengang kalu ada orang kaitkan khusus aku nie ngan khusus gov lain contohnya PTD.setakat dengar cite orang aku pon boleh.aku lagi suka cite exprience sendiri dari dengar cite orang.ada sorang tu siap tanya aku lagi dpli nie masuk hutan tak.hello bukan setakat masok hutan terjun sungai pon kena buat.ada berani.
setakat nie aku belum buat lagi assigment yang berlambak tu.belum mula orang kata.tp aku akan cuba siapkan secepat mungkin sebab aku nak get ready untuk final exm lak.yer la dpli nie kos yang pendek so mmg kena fast dari zaman degree dulu.
hopefully aku dapat buat terbaik depan my future.aku terpaksa korbankan anythings anak ,suami dan family.
lama tak update
lama tul xupdate blog aku nie.maklum la sejak aku sambung study nie xsempat nak bukak intenet.arini curi2 masa sket memandangkan kelas aku start kul 11 pagi.aku ada satu kelas jer pagi nie.pastu balik.hehe
tapi aku tak balik kot sebab nak buat perbincangan ngan group pasal assigment yang setiap hari semakin banyak.oo tidak...tapi aku terpaksa buat gak kan.tu la namanya student.pastu petang aku nak gi campus nak hantar borang medical check up dan jugak x-tray yang dah berkurun aku xhantar tu.
blog aku pon dah naik sawang sebab lama xde cite2 baru dari aku.bukan xde cite tapi xde masa nak upadate.huhu.


