huh sangat geram betul dengan sikap orang yang tidak bertanggungjawab,selfish n bla..bla..aku geram betul ngan budak nie.korang tau kan aku kan dah jadi student balik.so mesti la bila dah jadi student nie assigment pon banyak kan.
nie aku nak habaq sket ada sorang budak nie masok group aku untuk buat assigment.aritu bukan main lagi merayu-rayu dekat aku n sorang member nak masok group kami.konon nak buat assigment sekali la.
sekali masa nak hantar dia plak xdatang kelas.dah la tu member aku sms n telefon xangkat.aku dah xboleh nak sms n telefon dia sebab dah hangin satu badan.so biar member aku jer call dia.sekali dia leh jawab sorry la xdapat datang kelas saya kat kampong ada hal.hello ko ada hal sekali pon nie assigment melibatkan group bukannya individu.nie dah kes nak kenakan aku dan member aku nie.apa lagi bengang giler la aku n member sorang lagi.
last2 kami abik keputusan bagitau lecturer.whatever reason dia pon at least responsibliti dia tu kena la ada kan.so lecturer cakap apa2 hal nanti dia akan inform balik.
yang aku lagi geram bila dia datang kelas leh wak muka seposen.buat xtau jer.giler ker apa budak nie.ko ingat nie belajar zaman degree ker leh ciplak2 assigment.belajar sekarang lagi tesen tau ngan assigment banyak,aktiviti di luar jangkaan, dan bla.bla..so sape2 leh la cakap ye ker keje banyak.masok dulu baru tau la banyak ker tidak kejenya.
Sunday, August 16, 2009
aku sangat marah
Thursday, August 6, 2009
Alhamdulillah hampir siap
alhamdulillah hampir siap semua assigment aku yang tertangguh tu.hehe.bukan aku sengaja nak tangguhkan keje tapi memandangkan bahan yang nak digunakan itu tak mencukupi dan aku terpaksa booking. Keadaan nie akan menyebabkan aku menjadi malas nak buat semua assigment tu.
Disebabkan dapat cuti hampir seminggu so aku sedaya upaya untuk menyiapkan semua assigment.tu pon minggu lepas aku dok berkampong kat library negara untuk mencari bahan rujukan untuk buat assigment.
bukan sikit tau assigment aku yang perlu aku siapkan.so far setakat ini dah 8 assigment yang hampir akan disiapkan oleh aku.tu lum masuk lagi proposal yang aku kena buat dan tunjukkan pada lecturer.mana nak cari sekolah dan cikgu untuk dibuat kajian.memang mencabar tul nak-nak aku lak tak ada transport untuk memudahkan pergerakan.
apa pon aku kena siapkan semua assigment nie sebelum aku balik campus.kalu tak tertangguh lagi la keje aku tu.nasib baik ilmam tak kacau aku time buat keje nie.good boy tul anak aku nie dia faham keadaan aku yang tengah sibok dok belajar nie.thanks my dear.
Dah pindah rumah
salam all ingat tak aritu aku ada bagitau yang aku nak pindah rumah.so minggu lepas aku dah pindah rumah dok area puchong.kira dekat la kalu kot2 my dear buat w.house.hehehe.tu ada la petanda nak suh aku kuarkan duit.
cuma tinggal kat sini agak sukar untuk aku kuar la.yer la nak gi mana-mana aku kena tunggu husbd dulu la.sebab aku tak berapa familiar sikit ngan jalan-jalan kat sini.nak naik bas tak tau walaupon aku nampak banyak bas dok lalu lalang depan rumah aku nie.nak naik lrt jauh sekali sebab tak tau stesennya kat mana.
so far ok la aku dok area sini.mostly semuanya melayu dan yang penting nusery ilmam dekat ngan rumah.jalan kaki jer nak gi nusery hehe.cuma masalahnya ilmam nie susah tul nak sesuaikan diri kat tempat baru.asyik menangis jer bila nak hantar.risau tul aku yer la aku minggu nie leh la teman dia tapi minggu depan aku dah nak balik campus.camne tul.harap ilmam kejap jer menangis tak sanggup aku nengok dia asyik menangis jer pagi.then bila petang asal nampak aku nak abik dia cepat-cepat dia abik beg nak balik.mintak-mintak teacher leh layan kerenah ilmam tu.
so pada kawan-kawan yang dok belah kl tu nampaknya susah la kita nak jumpa.bukan aku tak nak jumpa tapi memandangkan keadaan sekarang yang tak mengizinkan dan menyukarkan aku untuk keluar jumpa kawan-kawan semua.
Wednesday, July 29, 2009
cuti sempena H1N1
arini merupakan hari yang sungguh bahagia sebab cuti sempena H1N1 hehe.aci tak aku cakap camtu.kalu tak pagi2 dah kena pergi kelas ,berebut naik bas.tapi hari tak payah buat apa2.actually dari semalam lagi lecturer aku dok sibok cakap kalu sape2 rasa nak cuti panjang biar la ada student upsi kena H1N1 nanti dapatlah cuti free.masin tul mulut lecturer tu.
so mulai hari nie sampai 9.8.09 upsi tutup sempena H1N1.tapi jangan ingat kelas xde ganti so bila bukak nanti secara automatik kelas kena ganti semua.walaupon cuti keje tetap keje.yer la assigment berlambak2 yang perlu disiapkan.so dgn adanya cuti ihsan nie leh la aku siapkan assigment aku yang berlambak2 tu.
tadi aku tengok ramai bdk2 angkat bag balik kampong.xsabar tul depa nie yer.aku inysa allah sesudah suboh esok aku akan balik bersama2 ngan budak2 rumah aku.balik pon kena bawa keje yang perlu disiapkan.
sian budak2 ismp sebab cuti semester depa terpaksa dianjak ke depan.tapi khusus aku nie xtau la camne sebabnya aku xde cuti semester.cuti semester aku merangkap cuti raya nanti.tapi memandangkan dah dapat cuti ihsan nie xtau la camne lak perubahan nanti.
so aku dah xsabar nak balik esok sebabnya aku nak balik kampong merangkap abik anak aku ilmam sekali.sebab dah jumpa nusery baru ilmam.hopefully ilmam dapat suaikan diri di tempat baru.insya allah
Wednesday, July 22, 2009
dah nak pindah rumah
minggu nie hbsd aku nak pindah rumah masok rumah lain.so sian hsbd aku kena pindah rumah sorang2 minggu nie sebab aku xbalik kl nak hantar aggrement KPM.tp dalam hati nak balik sebab nak gi library negara nak cari bahan nak buat assigment.
hsbd aku dah jumpa rumah area puchong so minggu nie basuh rumah merangkap masokkan barang rumah semua.sori yer xdapat nak nolong.hehe.cuma sekarang kena survey nusery untuk ilmam lak.hopefully dapat nusery yang baik dan teacher2 yang baik.
aku nie takut seket bab2 nak hantar anak nusery luar sebab macam2 aku dengar yg buruk dari baiknya.bukan aku tak pernah hantar ilmam kat nusery dulu ilmam lepas 4 bulan terus hantar nusery tp nusery kat opis aku.kalu kat opis senang sket kalu ada apa2 hal leh gi pantau.nie kalu nusery luar xtau la camne.hopefully hsbd aku dpt survey nusery yg baik untuk ilmam.
aku call hsbd tanya dah packing semua barang ker n dah siap semua ker.hsbd cakap tunggu lori jer semua dah beres dia buat.caya la hsbd aku leh kemas semua barang kat dalam rumah tu sorang2 tanpa bantuan aku.huhuhu.yer la aku mana sempat nak kemas barang semua sebab aku dapat tawaran belajar pon ad hod gitu..hehehe
assigment oh assigment
aku nak habaq nie sejak aku jadi studnet balik nie kemain banyak tul assigment aku.mengalahkan zaman degree dulu.kalu degree dulu xde la melampau sangat assigmentnya.but now huhu banyak giler.
satu2 subject tu sampai 10 assigment kalu dah 6 subject mau tak 60 assigment.mau pitam aku.hehe.tp itu la cabaran yg terpaksa dihadapi.bukan senang nak jadi senang itu lah kata2 lecturer aku.
cuma aku bengang kalu ada orang kaitkan khusus aku nie ngan khusus gov lain contohnya PTD.setakat dengar cite orang aku pon boleh.aku lagi suka cite exprience sendiri dari dengar cite orang.ada sorang tu siap tanya aku lagi dpli nie masuk hutan tak.hello bukan setakat masok hutan terjun sungai pon kena buat.ada berani.
setakat nie aku belum buat lagi assigment yang berlambak tu.belum mula orang kata.tp aku akan cuba siapkan secepat mungkin sebab aku nak get ready untuk final exm lak.yer la dpli nie kos yang pendek so mmg kena fast dari zaman degree dulu.
hopefully aku dapat buat terbaik depan my future.aku terpaksa korbankan anythings anak ,suami dan family.
lama tak update
lama tul xupdate blog aku nie.maklum la sejak aku sambung study nie xsempat nak bukak intenet.arini curi2 masa sket memandangkan kelas aku start kul 11 pagi.aku ada satu kelas jer pagi nie.pastu balik.hehe
tapi aku tak balik kot sebab nak buat perbincangan ngan group pasal assigment yang setiap hari semakin banyak.oo tidak...tapi aku terpaksa buat gak kan.tu la namanya student.pastu petang aku nak gi campus nak hantar borang medical check up dan jugak x-tray yang dah berkurun aku xhantar tu.
blog aku pon dah naik sawang sebab lama xde cite2 baru dari aku.bukan xde cite tapi xde masa nak upadate.huhu.


