I am mother with a son whom boringly waiting for teacher's placement.I really like cooking and baking.This is my place where i sharing my feelings and thoughts.Thanks for visiting :).
RSS

Sunday, March 28, 2010

dah obsevation

alhamudillah ari kamis aritu dah kena observation ngan lect.lect suh kekal cara mengajar camtu dan yang penting dapat A.hehe.masa mula2 lect call kata nak datang obsevation terkejut gak yer la bahan bantu mengajar xde last2 aku guna jer bahan bantu mengajar kat bilik ABM sekolah tu.

yang penting pelajar kelas 2A tu pon bagi cooperate kat aku.yer la kelas tu memang terok skit tapi alhamdulillah masa lect datang tu semua bagi co-operate.kalu tak sesak nafas aku dibuat oleh budak-budak nie.

so tinggal lagi sekali lect nak datang.katanya ujung bulan 4 dan aku harap ianya sama berjaya macam hari khamis aritu. ya Allah permudahkan la ia.amin....


so sekarang tunggu cikgu pembimbing lak yang akan buat obseervation kat aku.hopefully semuanya pon sama dan ok.insya allah.

jalan-jalan


rasanya lama xupdate blog.saja nak pose gambar mas gi jalan kat putrajaya saja abik angin orang kata.actually nie dah lama cuma updatenya idak.seronok ilmam gi jalan-jalan kat putrajaya.




haziq ilmam



ngan ibu


Monday, March 15, 2010

dah start mengajar

salam semua,

dah lama tak update blog hehe...minggu lepas aku dah start mengajar kat seremban.tinggal lagi anak dan suami ku...nak buat camne dah kena kat seremban tapi weekend aku tetap balik.aku mengajar sekolah semuanya perempuan.so far ok la sebab aku dapat kelas yang kira ok la cuma satu jer kelas yang buat aku geram jer bila masok kelas tu.yer la kelas 3rd akhir gitu gamatnya perangai budak2.

minggu depan past cuti lecturer dah bagitau nak datang buat permantauan.takut gak aku nie nak2 kalu time kena pantau tu dapat kelas ujung tu.mintak2 dapat kelas lain senang nak handle.kelas akhir susah tu nak handle aku kat depan dia boleh lagi sembang xde tanda hormat dekat cikgu.sampai aku bebel2 kat diaorang baru senyap kejeap.pastu buat balik

bila tanya faham apa yang aku ajar cakap faham bila soal xtau jawab lak.yer la camne pay attention pon xde nak faham camne.yang faham tu faham la.tension gak dapat student camni tapi nak buat camne redha jer la.

sebenarnya jadi cikgu nie pon susah gak.sape cakap senang ingat masok kelas ajar2 pastu blah camtu ker.cakap senang masok dulu bidang nie baru tau camne jangan main cakap jer.semua orang boleh cakap buat jer belum tentu orang mampu ker tak.yer la tiap2 hari nak kena buat lesson plan pastu jumaat nak kena hantar kat pengetua lak untuk disemak.macam keje opis gak hari2 nak kena bagi report kat bos.so mana2 keje sama jer xde keje ko senang dari aku,keje aku payah dari ko.maybe kalu clerk tu xde la mencabar sangat ko kejenya xpayah nak pk2 yang berat2.

Thursday, February 25, 2010

dah selamat jumpa rumah

alhamdulillah aku nak kabor dah selamat jumpa rumah nak dok seremban.punya la berapa kali aku gi seremban akhirnya jumpa gak umh nak sewa.semalam dah basuh rumah bagai.penat giler sakit pinggang aku.kuar rumah dr kl ker seremban kul 9.00 am balik kl balik kul 630 ptg.

sampai2 seremban gi sekolah aku dulu lapor diri, pastu gi sekolah fida jumpa PK1 dan ketua bidang.pastu gi rumah sewa.tak sempat makan pon semalam sibok basuh rumah dan kemas semua apa yang patut.pastu masuk barang yang mana patut dulu.ahad nanti senang datang2 iron baju jer untuk gi ngajar.

nampak gayanya aku kena kuar rumah kul 630 pagi la dari rumah sebab sekolah kat town betul2.semua orang ckp jalan nak ke town tu jem giler so kena kuar awal dari rumah la.kalu keje dulu 630 baru aku bangun.now 630 dah kuar rumah.huhu.apa nak buat demi mendidik anak bangsa kena la korban.kerja biar ikhlas baru berkat n jangan terlalu berkira dalam buat keje.moga bila kita ikhlas dalam semua keje kita akan diingati n dihormati orang.xde lah jadi musuh orang

Friday, February 19, 2010

dah abis pon

rasanya dah lama xupdate blog nie. maklumlah sejak jadi student balik nie semua xsempat.

alhamdulillah pejam celik pejam celik aku dah pos abis study dpli nie. sekarang nie tunggu nak gi pratikel jer.aku dapat pratikel kat seremban di SMK Puteri.kat bandar seremban.harap2 ilmu yang bakal aku sampaikan pada anak didik ku nanti diberkati Allah dan semoga anak didik ku faham apa yang akan aku sampaikan.

sekarang nie tengah pk umh sewa kat mana nak dok, nak prepared sedikit alat bantu mengajar yang bakal aku gunakan.yer la aku pon mengajar bukan calang-calang sekolah cluster school tuu.moga Allah permudahkan segala-galanya. amin.

aku dapat cuti 2weeks so dikesempatan ini aku xhantar pon ilmam kat nusery.jaga sendiri yer la kalu tak sebelum nie kejap2 jer jaga dia.so ada peluang nie gunakanlah sebaik yang mungkin.

Monday, September 7, 2009

Muhammad Haziq Ilmam@2 year

Hari nie genap la anak aku ilmam 2 yrs.mcm baru semalam jer dia dilahirkan dah besar pon anak aku nie.tapi kesian thn nie dan macam tahun sebelum nie gak aku xpernah sambut besday dia.nak buat camne besday ilmam mesti jatuh bulan pose.sape nak sambut.kalu aku buat pon sape nak datang.

ilmam dah besar dah pandai macam2.hopefully dapat menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab serta taat pada perintah-Nya.tu doa aku selalu moga anak aku jadi soleh dan solehah.

ada yang tanya tak nak tambah anak ker.bukan xnak sbb now aku tengah sambong study.so nak pregnant tu kena tunggu la dulu.nak bg ilmam pandai lagi baru leh pk nak tambah anak.hsbd pon ada cakap sian ilmam main sorang2.but tunggu la dulu aku nak concrate study dulu.kan study ke mana lain lak jadinya.

ilmam aku harap menjadi anak yang pandai di dunia n di akhirat.insya allah tahun depan kita dok sama2 skrg terpakda pjj la yer.walaupon penat tapi demi utk family aku xkisah.walaupon terpaksa berkejar2 nak balik kl.mmg ada orang ckp alah ksus aku nie xpenat.cuba dulu kita tengok camne boleh ker tak.

to ilmam happy besday sayang.may allah bless you.i love u

Sunday, August 16, 2009

aku sangat marah

huh sangat geram betul dengan sikap orang yang tidak bertanggungjawab,selfish n bla..bla..aku geram betul ngan budak nie.korang tau kan aku kan dah jadi student balik.so mesti la bila dah jadi student nie assigment pon banyak kan.

nie aku nak habaq sket ada sorang budak nie masok group aku untuk buat assigment.aritu bukan main lagi merayu-rayu dekat aku n sorang member nak masok group kami.konon nak buat assigment sekali la.

sekali masa nak hantar dia plak xdatang kelas.dah la tu member aku sms n telefon xangkat.aku dah xboleh nak sms n telefon dia sebab dah hangin satu badan.so biar member aku jer call dia.sekali dia leh jawab sorry la xdapat datang kelas saya kat kampong ada hal.hello ko ada hal sekali pon nie assigment melibatkan group bukannya individu.nie dah kes nak kenakan aku dan member aku nie.apa lagi bengang giler la aku n member sorang lagi.

last2 kami abik keputusan bagitau lecturer.whatever reason dia pon at least responsibliti dia tu kena la ada kan.so lecturer cakap apa2 hal nanti dia akan inform balik.

yang aku lagi geram bila dia datang kelas leh wak muka seposen.buat xtau jer.giler ker apa budak nie.ko ingat nie belajar zaman degree ker leh ciplak2 assigment.belajar sekarang lagi tesen tau ngan assigment banyak,aktiviti di luar jangkaan, dan bla.bla..so sape2 leh la cakap ye ker keje banyak.masok dulu baru tau la banyak ker tidak kejenya.